Thursday, May 27, 2010

KEMBARA GAWAI 2010

Tune2 pancing utk dilontarkan di lombong nanti..wee~~~

Di dalam kesibukan org nak sambut Gawai dan balik ke kampung halaman masing2, aku pula sibuk dengan urusan nak balik ke Semenanjung time Gawai. Bukan sengaja nak pergi pun. Kakak & abg ipar aku tak dapat balik Swak tahun ni sebab kakak aku br je melahirkan anak bln April yang lalu. Jadinya, taknak la bawa anak buah aku yang masih kecik tu balik dengan perjalanan yang mengambil masa berjam2 ke Miri. Makanya, aku lah yang diutuskan utk membawa segala kuih muih Gawai (kalau beskot, baik takyah suruh aku anto..bli je kat Tesco). Tapi yelah, anak buah aku yang sorang tu meraung2 nak kuih tradisional yg mak aku buat. Nak pos aje, abg ipar aku pulak yg meraung kesedihan takde ahli keluarga disisi utk menyambut Gawai bersama. Mahu tak mahu, terpaksalah beta pergi walau hakikatnya mmg mls nak pergi mana2 sbb baru je awal bln haritu aku amik leave untuk pergi ke Pulau 3, Sabah. Rasa segan la pulak, balik2 aku yg cuti. Tetapi alang2 dah pergi, kiranya sambil menyelam minum air Ribena ajelah..kuikuikui!!! Aku ajaklah Meria pergi bercanda bersama..hehe..weee~~~berfoya2la kami berdua nanti..kuikuikui!!!

Tempoh percutian: 7 Hari, 6 Malam. (1hb June ~ 7hb June 2010)Mari aku senaraikan tempat yg bakal jadi tapak 'pemfoyaan' kami nanti:

1. Opkos kena start journey dari airport Miri..dan landing di LCCT. Kemudian dijemput oleh Anita & suaminya & anak angkatku yg hensem iaitu Danish. Tinggal semalam di Kolej Matrikulasi Selangor. Keesokkannya berangkat dari Klang, kendian singgah di KL Central.
KL Central


2. Dari KL Central akan ke Tapah, Perak. Kami pakai komuter (KTM). Yg seronoknya, keretapi tu btl2 berenti kat depan rumah kakak aku di Tapah..ahhaha!!!waima jalan itik pun sampai dlm bbrp minit je.

3. The next day dan seterusnya sampai 6hb (Perak -> Pahang -> Perak ->N9)

Cameron Highlands, Pahang (dekat je dari Tapah)


Lata Kinjang


Kuala Woh



Kampar


Ipoh



Menglembu



Universiti Teknologi Petronas, Tronoh (lalu lalang je..kuikuikui)
~someday UTP..someday~

Lumut


Teluk Batik (tempat aku & ayah En.Firdaus menjala dulu) :)



Pulau Pangkor


Istana Seri Menanti (N9)



Kay El for sure :)

Beginilah ringkasan kembara Gawai nanti..wee~~~~btw, selamat bercuti Gawai utk keluarga, kwn2, cikgu2 & jgn moginum terlampau time Gawai nanti..peace out!!

No comments: